Dinar dan Dirham

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak. Inflasi sifar selama 1400 tahun. Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Wednesday, 14 September 2011

Soalan biasa yang di tanya oleh Pelanggan

1. Kenapa pilih Public Gold?
Kerana Public Gold menawarkan peluang perniagaan emas kepada umum dengan kos mampu.Jika francis bagi kedai emas lain,sudah tentu memakan nilai beratus-ratus ribu ringgit,namun untuk menjadi ejen Public Gold hanya minima RM20K bergantung pada harga semasa.

2. Apa produk yang ditawarkan oleh Public Gold?
Yang menarik sekali ialah Public Gold menawarkan emas fizikal,bukan emas dalam akaun simpanan. Terdapat pilihan dalam jongkong, dinar mahupun barang kemas.

3. Bagaimana pula dengan harga emas Public Gold?
Harga emas Public Gold adalah kompetitif kerana harga Public Gold lebih rendah dari harga-harga dari kedai-kedai emas. Harga emas Public Gold adalah mengikut harga pasaran emas US,refer pada kitco. Buat perbandingan dengan harga yang dirujuk oleh kedai-kedai emas Malaysia disini

4. Bagaimana ketulenan emas Public Gold dapat disahkan?
Ketulenan emas Public Gold disahkan melalui certificate/sijil yang disertakan bersama setiap produk.Ia juga disertakan no siri sama dengan yang terdapat pada jongkong.Jika ragu-ragu boleh ke kedai emas ataupun ke Ar Rahnu (jika untuk dipajak) untuk mengesahkan ketulenannya melalui mesin penimbang emas

5. Emas Public Gold boleh dijual dimana?
Public Gold juga menerima semula penjualan tapi dengan harga pembelian dengan susut nilai tertentu bagi setiap produk,namun tidak lebih dari 15% dari harga semasa.Kedai-kedai emas pula menerima emas Public Gold tetapi dengan susut nilai hampir 25% dari harga semasa.Yang terbaik adalah hubungi semula ejen yang anda untuk dijual semula.Harga jualan kepada orang persendirian adalah mengikut harga jualan semasa

6. Bilakah harga terbaik untuk membeli
Bila anda dah cukup duit untuk membeli.Tiada istilah rugi jika membeli pada masa harga tinggi,kerana untuk long term harga emas tetap akan naik

7. Takut nak simpan emas banyak-banyak
Jika takut risiko untuk menyimpan emas,boleh simpan di safe deposit box.Yang terbaik adalah safe deposit box di bank-bank.Link disertakan diatas

8. Antara jongkong,dinar dan barang kemas Public Gold,mana satu pelaburan terbaik?
Pelaburan terbaik adalah jongkong,kerana jongkong dari emas 999.9 24K,kerana mempunyai nilai harga paling baik.Namun jika tidak berkemampuan untuk permulaan boleh mula dengan 1dinar (harga termurah) ,kerana 1dinar sekitar harga RM550 (Mac 2010). Dinar pula dari emas 916

9. Bagaimana pula jika syarikat Public Gold ditutup masa akan datang?
Pembelian emas di Public Gold bukan seperti sesetengah skim pelaburan “cepat kaya” emas yang lain,di mana mereka akan menyimpan emas yang anda beli. Pembelian emas di Public Gold perlu diambil pembeli dalam masa lima hari,jadi emas itu ditangan anda.Emas adalah emas,jika syarikat Public Gold ditutup,anda masih boleh menjual atau lebur semula produk Public Gold untuk dijadikan barang kemas atau sebagainya



***Jika berminat untuk membeli emas atau meniaga emas sila sms ke 012 2528176

No comments:

Post a Comment